Membawang Hari Ini

Painting Blanks Gubah ‘Hurt’ Hanya Dalam Masa 2 Jam

PETALING JAYA: Kumpulan baharu Painting Blanks hanya mengambil masa dua jam untuk menggubah single pertama mereka berjudul Hurt pada Januari lalu.

Salah seorang anggotanya, Aimeil Hui, 22, berkata, lagu itu terhasil daripada buah idea daripada tujuh anggota kumpulan itu yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang muzik.

“Istimewanya Painting Blanks kami adalah sekumpulan rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan agama tetapi mempunyai persamaan iaitu minat dalam bidang muzik.

“Kesemua tujuh ahli kumpulan kami mempunyai kepelbagaian dan keistimewaan dalam bidang muzik namun perbezaan itu menyatukan kami.

“Atas dasar itu kami hanya mengambil masa dua jam sahaja menghasilkan Hurt hasil sumbangan idea dari semua ahli,” katanya memetik sumber mStar Online.

Selain daripada Aimeil yang juga pemain gitar rhythm, Painting Blanks turut dianggotai oleh Jessica (vokalis), Bryan, Wan (drum), Raswan (gitar bas), Aniq (gitar rhythm) dan Anwar (gitar utama).

Bercakap lanjut mengenai Hurt, Aimeil berkata ia sebuah lagu berkisarkan tentang kekecewaan dan kesedihan namun menyelitkan unsur-unsur positif di dalam liriknya.

Malah tidak seperti kebiasaan Hurt mengetengahkan genre pop dengan gabungan elemen rock dan alternatif sebagai kelainan.

“Hurt lagu yang ‘segar dan berlainan’ namun dari segi muzik dan lirik, ia masih memenuhi citarasa peminat genre pop-rock kerana ia mesra pendengar.

Hurt kini boleh didengar menerusi Youtube.

“Walaupun ia berentak rancak, lagu ini sebenarnya mengangkat tentang kekecewaan dan kesedihan hati yang sedang berlaku namun kekuatan diri tetap ada di bawah segalanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aimeil berkata, Painting Blanks ditubuhkan dua tahun lalu yang pada awalnya bermula sebagai hobi dan minat kepada muzik.

Bagaimanapun kata Aimeil, mereka mula serius untuk menghasilkan single pertama selepas perubahan ahli yang disifatkan sebagai sempurna dan mempunyai kelebihan masing-masing.

“Selepas ada anggota asal meninggalkan Painting Blanks kerana komitmen lain saya akhirnya bertemu dengan ahli baharu dari pelbagai latar belakang tetapi menyempurnakan kumpulan ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");