Jenayah

Pandu Lawan Arah: Remaja OKU Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah

Remaja perempuan yang didakwa memandu arah bertentangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Permatang Pauh hingga mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa kerana penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, Ng Pei Ven, 19,  mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengambil amphetamin di mahkamah majistret.

Model sambilan itu didapati positif dadah ketika menjalani ujian di Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai kira-kira pukul 5 petang, Selasa.

Beliau didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang juga boleh dibacakan bersama Seksyen 15(1) akta sama dan jika bersabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Majistret Jamiliah Abdul Manap menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin dan 12 Mei untuk tarikh sebutan kes.

Asisten Superitendan Md Azman Kadir bertindak bagi pihak pendakwaan kes itu.

Pei Ven juga disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

Pada pagi Selasa, Pei Ven didakwa memandu kereta pada arah bertentangan trafik di lebuh raya sebelum bertembung dengan empat kenderaan di KM134.

Seorang penunggang motosikal maut akibat dilanggar kereta yang dipandu Pei Ven, manakala dua kereta dan sebuah van juga rosak akibat kemalangan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");