Isu Panas

PAS Sedia Bergerak Bersendirian

MACHANG : Pas sedia bergerak sendirian dan bertanding di semua kerusi pada PRU14, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan pertembungan lebih dua penjuru.

“Kita bersedia, kita akan lawan. Dua penjuru, tiga penjuru, malah lima penjuru pun kita tetap lawan. Kita bukan agah (sombong) tapi perjuangan dan matlamat kita jelas.

“Malah melalui kajian dibuat, peluang pas cerah untuk menang bukan hanya di Kelantan, malah tidak mustahil kita akan rampas Malaysia. Yang penting, kita kena istiqamah dan yakin dengan kuasa ALLAH SWT,” katanya, lapor Sinar Harian.

Turut hadir, Adun Temangan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Ibrahim.

Tegas Mohd Amar, Pas tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan dengan Umno dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu.

Katanya, dakwaan parti tertentu mengenai kerajaan perpaduan tersebut adalah tuduhan yang tidak berasas bagi menjatuhkan Pas semata-mata.

“Tuduhan tersebut bertujuan memburukkan-burukkan Pas dan menarik sokongan kepada parti mereka, sedangkan kerajaan gabungan itu tidak pernah dibincangkan.

“Pas tetap terus menjadi alternatif dan pesaing utama kepada Umno BN pada PRU akan datang. Kita akan lawan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");