Berita Hari Ini

Peguan Muslim Syor Wujudkan Penjara Syariah

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia mencadangkan agar penjara khusus untuk tahanan yang dibicarakan mengikut Mahkamah Syariah perlu diwujudkan.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, initiatif itu perlu bagi menjamin keberkesanan aspek pemulihan dan kebajikan mereka terbabit.

Menurut beliau, kebanyakan kes pesalah syariah seperti zina, mengajar tanpa tauliah dan tiada kebenaran berpoligami, tidak membabitkan sebarang mangsa.

“Kes seperti ini lebih bersifat tatacara pentadbiran. Justeru, tidak adil untuk mereka ditempatkan di penjara sivil yang merangkumi pelaku jenayah dadah dan rogol.

“Mereka (banduan syariah) sepatutnya ditempatkan di penjara khusus yang menyediakan aspek pendidikan dan penerangan mengenai Islam merangkumi akidah dan akhlak untuk tujuan pemulihan,” kata beliau dipetik BH hari ini.

Zainul berkata, pendekatan ini lebih bersesuaian dengan apa diperuntukkan dalam agama.

Kata beliau, Rang Undang-undang Memperkasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 bukan ‘jendela’ melaksanakan hukuman hudud di seluruh negara.

“Potong tangan atau hudud diperuntukkan bagi kesalahan mencuri jika dibicarakan mengikut undang-undang Islam, namun kesalahan itu ketika ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Sivil.”

Selain itu, kata beliau, “kita tidak kenakan hukuman potong tangan terhadap kes murtad dan qazaf kerana ia bercanggah dengan hukum syarak.”

Beliau menyifatkan cadangan supaya umat Islam diberi pilihan dibicarakan mengikut Mahkamah Syariah atau Sivil hanya mengundang masalah dalam sistem perundangan dan prosedur penghakiman.

Selain itu katanya, pesalah akan cuba mengambil kesempatan supaya dibicarakan mengikut undang-undang yang memperuntukkan hukuman paling ringan, sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Pesalah sudah pasti akan pilih mahkamah yang akan beri hukuman paling ringan, justeru mana keadilan untuk waris mangsa dalam kes berkenaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");