Perak Hari Ini

‘Pekan Parit’ Ada Pontensi Jadi Bandaraya Warisan

PARIT:Kawasan sekitar Pekan Parit dilihat mempunyai potensi besar untuk dikekalkan sebagai bandaraya warisan yang istimewa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Pekan Parit mempunyai nilai warisan sedia ada malah dilihat berupaya memberikan impak yang besar kawasan sekitarnya.

“Walaupun ia merupakan bandar yang kecil namun bayangkan apabila kita dapat menukarkan konsep dengan wujudkan bandar baru.

“Dalam masa yang sama, kita kekalkan bentuk bangunan dan indahkan bangunan itu dengan warna yang ceria,” katanya sejurus selepas merasmikan acara penutup Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Perak Tengah.

Katanya, pihak kepimpinan kawasan disaran berusaha untuk membentuk imej baru kepada bandaraya itu menerusi perubahan imej dan konsep kawasan itu tanpa merobohkan bangunan asalnya.

Sementara itu beliau turut mengulas pengajuran program permukiman di Daerah Perak Tengah turut tidak mengenepikan keperluan golongan muda berkaitan kerjaya.

“Penganjuran karnival kerjaya adalah kaedah yang membuka ruang peluang pekerjaan supaya dapat direbut oleg anak muda lepasan sekolah menengah dan universiti,” katanya.

Malah jelasnya program permukiman juga telah menjadi contoh ikutan oleh beberapa negeri lain.

Terdahulu program Permukiman Menteri Besar Perak di daerah Perak Tengah selama lima hari bemula 7 hingga 11 Mac melibatkan 119 program anjuran pelbagai agensi di kawasan Parit, Bota dan Kampung Gajah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");