Berita Hari Ini

Pelan struktur Kuala Lumpur 2020 tidak pernah dibatalkan – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah membuat keputusan untuk membatalkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, sebaliknya pelan pembangunan itu sedang ditambah baik, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya pelan itu belum dapat diwartakan memandangkan masih banyak ruang penambahbaikan perlu dilaksana dengan mengambil kira perubahan pembangunan dinamik bandar raya Kuala Lumpur.
“Kementerian sedang memperincikan pelan tersebut dan ia masih dalam perancangan dan penelitian memandangkan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar raya kecil dan memerlukan perancangan holistik.

“Ini bersesuaian dengan hasrat kementerian untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai bandar bertaraf dunia menjelang 2020,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 dilancarkan pada Mei 2008 dan dijadual untuk diwartakan pada 1 Julai 2012, namun ia ditangguhkan dan sehingga kini draf pelan tersebut belum diwartakan.

Baru-baru ini, Tengku Adnan menegaskan bahawa kementeriannya tidak akan menandatangani pelan pembangunan itu selagi tidak mendapat kesepakatan daripada kesemua 11 Anggota Parlimen di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");