Panasnya Hari Ini

Pembangkang tidak sayangkan negara

KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang yang sering mengkritik dan menghalang usaha murni kerajaan menaik taraf kemudahan awam, membuktikan mereka tidak sayangkan negara.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa pembangkang sentiasa memberikan reaksi negatif terhadap usaha berterusan kerajaan menyediakan prasarana berkualiti demi keselesaan rakyat kerana takut kehilangan undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sikap pembangkang yang sering mengkritik usaha murni kerajaan (Persekutuan), khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperlihatkan seolah-olah mereka tidak sayangkan negara sendiri.

“Pelbagai komen puak tak bertanggungjawab ini khususnya pembangkang kita dengar dan baca di media sosial.

“Mereka tak suka apa yang kita lakukan mendapat kejayaan. Dia harap apa yang kerajaan dan DBKL lakukan akan gagal, itu niat pembangkang untuk menutup kebaikan kerajaan,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan jejantas pejalan kaki dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya ke Wisma Bumi Raya di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Dihiasi dengan warna pelangi, membabitkan kos sebanyak RM7.27 juta dan mengambil masa 17 bulan untuk disiapkan, jejantas berbumbung sepanjang 200 meter itu akan memberi keselesaan kepada pejalan kaki dan pengguna berhampiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");