Jenayah

Pemilik syarikat dodol didakwa eksploitasi amah

MELAKA TENGAH – Seorang warga emas wanita juga pemilik syarikat perusahaan dodol terkenal di negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mengeksploitasi kerja amahnya.

Tertuduh, Siah Siu Eng, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail dan minta dibicarakan bagi pertuduhan yang dididakwa ke atasnya selepas dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan pertuduhan, Siu Eng didakwa memperdagangkan pembantu rumah warga Indonesia dengan melakukan eksploitasi kerja paksa di Taman Semabok kira-kira jam 5 petang pada 11 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin sementara tertuduh diwakili peguam bela Andrew Lourdes dan M Pusppa.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");