Jenayah

Pemuda maut rempuh MPV

RANTAU PANJANG:Seorang pemuda maut dalam kemalangan yang berlaku berdekatan Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Gual Tinggi Jalan Pasir Mas Rantau Panjang jam 10.30 malam kelmarin.

Mangsa, Mohammad Zolazley Azrol Mohd Zolkiple, 20, yang menunggang motosikal Yamaha Y125ZR cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Pasir Mas ke Rantau Panjang dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, mangsa kemudian merempuh sisi hadapan kanan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra dari arah bertentangan.

“Pemandu MPV dari Kampung Tepi Sungai yang berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan, di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ini merupakan kejadian kedua kemalangan maut di sini memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, seorang penunggang motosikal maut setelah merempuh treler dekat Kompleks Pemeriksaan Dagangan Eksport, Jalan Pasir Mas Rantau Panjang, jam 11 malam, 15 Januari lalu.

Mangsa, Muhammad Azuan Razali, 21, parah pada bahagian kepala meninggal dunia di Hospital Pasir Mas, hampir empat jam kemudian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");