Jenayah

Penganggur didakwa bunuh bekas anggota TLDM

LUMUT: Seorang penganggur di hadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd. Supian Md.Samat, 34 di Taman Sri Mawar, Sitiawan dekat sini 10 Mac lalu.

Tan Yee Chun, 27, memberitahu faham sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh mahkamah daripada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 22 Mei depan untuk sebutan semula kes tersebut bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat memetik sumber Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");