Isu Panas

Pengundi Cina Di Pulau Pinang Sudah Muak Dengan Drama Politik DAP

Rakyat Pulau Pinang semakin muak dengan drama politik pemimpin DAP negeri itu dan mula berfikir untuk berubah angin.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ramai masyarakat Cina di negeri itu dilihat semakin menolak pentadbiran kerajaan negeri.

“Perubahan ini berlaku disebabkan sikap pentadbiran kerajaan DAP yang tidak adil dalam memberi bantuan kepada rakyat.

“Ramai yang tolak DAP kerana mereka menganggap DAP tidak langsung membantu mereka, sebaliknya hanya bantu mereka yang dah kaya seperti pemaju perumahan, rakyat biasa mereka tak bantu.

“Memang sudah ada banyak perubahan dalam masyarakat Cina, mereka sudah mula tidak yakin dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau mengulas mengenai landskap politik terkini di Pulau Pinang dan penerimaan rakyat terhadap kerajaan negeri ketika ini.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi yang juga timbalan menteri kesihatan dan Ketua Umno bahagian Balik Pulau berkata, beliau sendiri turun padang apabila dijemput masyarakat Cina di negeri itu untuk meninjau kehidupan mereka.

Jelasnya, menerusi lawatan tersebut, beliau dapati kadar kemiskinan di bandar semakin bertambah tanpa sebarang usaha kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng untuk menanganinya.

Menurut Dr Hilmi, rakyat lebih terbeban apabila banyak kilang di negeri itu terpaksa ditutup dan operasinya dipindahkan ke negara lain.

“Saya difahamkan ada 6,000 rakyat Pulau Pinang yang hilang pekerjaan akibat penutupan kilang-kilang besar ini.

“Ini yang sedang berlaku di Pulau Pinang sebab itulah masyarakat Cina sendiri tak puas hati dengan prestasi kerajaan sekarang di bawah DAP,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");