Jenayah

Peniaga Dipenjara, 4 Sebatan Kerana Sumbang Mahram

SEREMBAN : Mahkamah Sesyen Seremban hari ini menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan empat sebatan keatas seorang peniaga atas pertuduhan melakukan perbuatan terkutuk dengan anak tiri sejak tahun lalu.

Hakim G.Ramesh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 47 tahun yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama yang dituduh mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan, tertuduh telah melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya berusia 20 tahun dengan kerelaannya.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebatan.

Sinar Harian melaporkan, bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakar ke dalam mulut anak tirinya.

Kesalahan itu dituduh mengikut Seksyen 377b Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan pada bulan Oktober tahun 2016 hingga Februari lalu di sebuah rumah di Apartment Cempaka Puri di Nilai di sini.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");