Perak Hari Ini

Penyertaan Bersatu Beri Impak Besar, UMNO Mula Cemas- Nizar

IPOH:Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak yakin penyertaan Parti Pribumi BERSATU Malaysia bersama Pakatan Harapan (PH) akan memberikan kesan dan impak besar terutamanya di negeri ini.

Menurut Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ia dibantu dengan kehadiran beberapa tokoh besar BERSATU ke Perak seperti Penasihat BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Malah jelasnya kehadiran mereka sudah pastinya akan memberikan kesan besar negeri ini.

“AMANAH Perak melihat usaha menyekat dan cubaan menghalang kehadiran tokoh-tokoh BERSATU ini menandakan bahawa UMNO / Barisan Nasional (BN) dan sekutunya begitu cemas dan bimbang kehadiran tokoh BERSATU ini ke Perak khasnya dalam tempoh yang terdekat ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya sekatan itu mempamerkan kerisauan dan ketakutan terhadap kehadiran tokoh BERSATU yang dahulunya pernah berjasa kepada Negara ini tetapi kini bersama PH yang menjadi lawan utama BN pada PRU14 nanti.

“Fokus menumbangkan BN nanti adalah agenda utama bagi rakyat Perak khususnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");