Perak Hari Ini

Perak Kalah 2-0 Di Tangan Kedah

IPOH:Pertembungan aksi agresif yang ditunjukkan oleh dua jaguh utara, Perak dan Kedah pada pusingan Ketiga Piala FA hari ini ternyata berpihak kepada pasukan pelawat Hijau kuning dengan jaringan 2-0.

Gol pembukaan oleh Zachary Anderson pada minit ke-28 telah memberi ruang selesa kepada pasukan hijau kuning mendahului dengan satu gol permulaan babak perlawanan.

Aksi terus panas dan dramatik bagi asakan mengelak gawang dibolosi dengan mudah dari kedua-dua pasukan untuk memastikan tiket layak ke peringkat suku akhir ternyata berpihak kepada Kedah.

Pasukan Kedah terus mengasak dengan sumbatan gol kedua oleh Ken Ilso Larsen pada minit ke-43 hasil sepakan penjuru di sebelah kiri pintu gol dan rembatan tangkas pemain kelahiran Denmark itu.

Separuh masa yang pertama menyaksikan pasukan The Bos Gaurus masih belum mampu menjaringkan sebarang gol dan ruang untuk gol penyamaan.

Hadir dengan semangat yang tinggi berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super selepas lapan perlawanan, Hijau Kuning jelas terbukti berusaha keras mengekalkan momentum tersebut apabila berkunjung ke laman The Bos Gaurus apabila masih kekal dengan dua gol.

Aksi masa kedua pula memperlihatkan Perak beraksi garang bagaimanapun masih belum mampu membolosi gawang pelawat.

Perak tambah parah apabila terpaksa beraksi hanya dengan 10 pemain setelah Nazirul Naim Che Hashim diusung keluar berikutan kecederaan pada bahu pada minit ke-69.

Jurulatih Skuad Perak, Mehmet Durokovic ketika ditemubual pihak media sejurus selepas tamat aksi perlawanan mengakui sukar buat pasukan kendaliannya itu beraksi hanya dengan 10 pemain sahaja.

Malah ketika diminta mengulas mengenai keputusan pengadil yang kelihatan tidak berpihak dan berat sebelah kepada skuad Perak, Mehmet bagaimanapun enggan mengulas berkaitan dakwaan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");