Perak Hari Ini

Perdana Menteri Tak Bertanggungjawab Akan Ada Jika Kit Siang Jadi TPM

LUMUT:Sekiranya benar dakwaan penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila parti pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) situasi itu hanya akan melahirkan bakal Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata rakyat sudah mengetahui helah Lim Kit Siang dalam memutarbelit keadaan.

Malah katanya, sehingga ke hari ini beliau tidak lagi berganjak dengan hakikat bahawa beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada pru-14 kelak.

“Pemilihan Perdana Menteri pastinya akan melibatkan campur tangan penasihat DAP itu.

“Ia juga bermakna akan ada perdana menteri ditaktor yang mengakibatkan negara akan rosak,” katanya.

Khairul Azwan turut menyifatkan ia sebagai pakatan ‘ali baba’ yang akan membahayakan negara apabila Lim Kit Siang menentukan siapa perdana menteri kelak.

“Kira bertanya banyak kali malah rakyat ingin tahu siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya parti pembangkang menang.

“Namun Lim Kit Siang masih belum buat keputusan siapa bakal menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Malah jelasnya, negara akan rosak sekiranya dipimpin oleh perdana menteri yang tidak ‘berfungsi’.

“Apa juga masalah isu yang berlaku keputusannya bakal dibuat oleh Lim Kit Siang dan menjadi satu masalah sekiranya pakatan pembangkang menang kita akan ada seorang perdana menteri yang tidak bertanggungjawab dan ia bahaya,” katanya.

Katanya jika pakatan pembangkang menang dan Lim Kit Siang menjadi timbalan perdana menteri pastinya seorang perdana menteri itu hanya akan berada di telunjuknya.

“Kerajaan dibentuk dan dipimpin oleh mereka tidak akan membuat dasar yang menguntungkan rakyat kerana tindakan Kit Siang hanya untuk menaikkan dinasti keluarganya dan anaknya Lim Guan Eng,” katanya.

Jelasnya lagi,sekiranya Kit Siang mementingkan intergriti pastinya beliau prihatin mengenai isu mahkamah yang membelenggu anaknya bagaimanapun Kit siang dilihat tidak mengendahkan sama sekali berkaitan situasi itu.

“Kerana baginya yang utama keluarga, dirinya dan untuk menjadi timbalan perdana menteri sahaja dan bagaimana kerajaan pembangkang yang gagal mampu dan layak mentadbir negara,” katanya.

Katanya parti pembangkang disifatkannya gagal apabila mereka hanya tahu menabur fitnah malah sering mensabotaj perkara baik yang telah diusahakan oleh kerajaan selama ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");