Panasnya Hari Ini

PERMATA Bawa Panel Hebat Bincang Isu Jenayah Seksual Kanak-Kanak

Kerajaan sentiasa mengambil serius dalam menangani masalah jenayah seksual kanak-kanak yang kini semakin berleluasa di negara ini.

Berikutan undang-undang di negara ini masih tidak begitu ketat dalam memerangi jenayah berkenaan namun, ia bukanlah bermakna kerajaan akan membiarkan pelaku-pelaku jenayah seksual ini bergerak bebas mencari mangsa.

Dalam usaha untuk memerangi jenayah berkenaan, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui PERMATA telah menganjurkan Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak peringkat kebangsaan di PWTC selama dua hari bermula hari ini.

Pagi ini, melalui sesi pertama perbincangan, isu berkaitan Memahami Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Malaysia ternyata memberi impak positif berikutan barisan panel yang pakar dalam bidang masing-masing.

Menerusi sesi pertama di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Azalina Othman selaku moderator telah membincangkan isu mengenai jenayah berkenaan secara terperinci bersama tiga panel

Melalui panel, DSP Saroja Egamparam yang membawa topik Jenayah Seksual Kanak-Kanak:Defini, Statistik, Isu dan Cabaran manakala Maryam Zainol yang membawa topik Sexual Grooming dan Eneng Faridah Iskandar Sastrawidjaja, membincangkan topik berkaitan peranan media sosial.

Menerusi sesi kedua pula, isu yang dibincangkan lebih meluas dimana ia melibatkan perspektif antarabangsa dalam isu berkenaan.

Dalam sesi yang dimoderatorkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakay Malaysia, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim itu telah membawa tiga panel antarabangsa iaitu Carol Ronken, selaku Criminologist, Bravehearts, Australia, Donald Findlater dari Lucy Faithfull Foundation & Stop It Now, UK  dan Vidya Reddy dari Centre for The Prevention & Healing of Child Sexual Abuse, India.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");