Perak Hari Ini

Permukiman MB Perak Di Perak Tengah 7 Mac Ini

IPOH : Program Permukiman Menteri Besar Perak akan diteruskan di daerah Perak Tengah bermula 7 Mac ini sehingga 11 Mac hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, program permukiman di daerah itu akan melibatkan kawasan Parit, Bota dan Kampung Gajah.

“Perak Tengah adalah kawasan yang agak luas jadi kita tidak mengambil kesemuanya.

“Jadi, kita akan pecahkan kepada dua peringkat,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Program Permukiman Menteri Besar Perak menyaksikan semua barisan Exco negeri akan ‘berkampung’ di daerah tersebut selama lima hari dengan melibatkan pelbagai program.

Seperti siri permukiman sebelum ini, ia menekankan tujuh teras utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan sumber, teras keselamatan, pendidikan, modal insan dan teknologi maklumat, teras sukan dan belia, teras agama dan integrasi, teras ekonomi pelancongan dan kebudayaan.

Berkonsepkan pendekatan Padang, Perasaan dan Penyelesaian (3P) yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, namun kali ini ia diharap memberi impak lebih positif.

Program tersebut bermula di daerah Hulu Perak pada 27 Februari 2016 diikuti daerah Kerian, Parlimen Larut, Parlimen Bukit Gantang dan terakhir di daerah Bagan Datuk.

Terdapat pelbagai program telah disusun melibatkan semua barisan Exco.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");