Berita Hari Ini

Pertunjukan pertama Black Eagle Korea

Langkawi: Formasi pertunjukan aerobatik pasukan jet pejuang Black Eagle dari Korea Selatan memukau ribuan pengunjung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (Lima’17) hari ini.

Memetik sumber Harian Metro, dalam pertunjukan pada 12.45 tengah hari tadi, pasukan yang menggunakan pesawat supersonic T-50B buatan republik itu, mempamerkan 24 gerakan menarik yang mendebarkan penonton.

Antara formasi menarik ialah Rainfall, Bon Ton Roulle, Orchid, Gourd Bottle, Heart and Cupid, Double Helix, Dizzying Break dan Victory Break.

Pesawat pejuang ringan itu mampu terbang selaju 1,640 kilometer sejam pada ketinggian maksimum 14,630 meter dari aras laut.

Pasukan berpangkalan di Wonju AB, Gwanwon, Korea Selatan, itu terdiri daripada 10 juruterbang berpengalaman dan LIMA ’17 medan pertama pertama pasukan berkenaan melakukan pertunjukan udara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");