Sukan Hari Ini

Perwakilan mahukan perubahan

PEMILIHAN Datuk Yusoff Mahadi sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah bukti jelas perwakilan mahukan perubahan dalam badan induk itu.

Pada Kongres FAM ke-53 semalam, Yusoff dan Datuk Seri Subahan Kamal dipilih untuk bergandingan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam tampuk tertinggi FAM.

Yusoff yang ditemui selepas kongres tersebut berkata, disebabkan Tunku Ismail disahkan menang jawatan presiden tanpa bertanding, ia memberi peluang kepada perwakilan lebih terbuka memilih individu yang layak bergandingan dengannya.

“Faktor utama perwakilan memberi undi pada pemilihan kali ini adalah kerana mereka mahukan perubahan dalam FAM di peringkat kepimpinan tertinggi.

“Jadi saya melihat trend undi kali ini adalah bukan memilih set, sebaliknya lebih kepada individu.

“Mungkin ini terjadi kerana jawatan presiden tidak dipertandingkan, jadi tiada set tertentu untuk perwakilan memilih calon.

“Saya percaya jika Tan Sri Annuar Musa bertanding jawatan presiden, mungkin akan wujud set di pihak TMJ dan Tan Sri Annuar.

“Selain itu, saya juga melihat perwakilan mahukan satu perubahan drastik dapat dilakukan dalam FAM.

“Disebabkan presiden terdiri daripada orang muda yang lebih agresif, jadi saya melihat, perwakilan bertindak untuk memberikan undi kepada mereka yang boleh bekerja dalam keadaan agresif juga,” katanya memetik sumber Sinar Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");