Sukan Hari Ini

Piala FA: Pahang Bakal Bertemu JDT Di Suku Akhir

PETALING JAYA: Pahang bakal menempuh laluan berliku pada pusingan suku akhir Piala FA 2017 selepas diundi bertemu juara musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian jurulatih Dollah Salleh itu pernah menjulang trofi perlawanan tersebut pada 2005 dan 2014.

Bagaimanapun berbeza dengan juara Piala Malaysia musim lalu, Kedah apabila mendapat laluan mudah apabila diundi bertemu pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC yang berjaya mencipta sejarah mengesahkan kemaraan ke suku akhir buat pertama kalinya.

PNKP FC meneruskan kemaraan mereka selepas menyingkirkan Kuantan FA 5-4 pada aksi di Stadium Perak, malam Jumaat.

Sementara itu, Sabah yang berdepan kemarau kejuaraan apabila kali terakhir menjulang trofi itu 22 tahun lalu diundi bertemu Negeri Sembilan.

Kedua-dua pasukan itu hanya mampu bertahan sehingga di pusingan ketiga pada saingan musim lalu.
Dua finalis pusingan kedua musim lalu iaitu Terengganu dan Sarawak akan bertemu sesama sendiri pada aksi suku akhir.

Aksi suku akhir pertama akan diadakan pada 31 Mac dan 1 April ini, manakala timbal balik bakal berlangsung 21 serta 22 April.

Turut hadir pada sesi undian yang diadakan secara lintas langsung dari Theatrette, Sri Pentas, Bandar Utama dekat sini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), Kevin Ramalingam.

Proses cabutan undian setiap pasukan dilakukan pelakon Janna Nick dan bekas pemain Negeri Sembilan, Rezal Zambry Yahya.

Diminta mengulas mengenai undian tersebut, Kevin berkata ia satu undian yang menarik dan menjanjikan aksi final luar biasa.

“Namun sudah tentu perlawanan yang menjadi tumpuan pastinya pertemuan antara JDT dan Pahang,” katanya memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");