Sukan Hari Ini

PKNP FC akur bertemu Kedah

BIARPUN berhadapan dengan kesukaran, namun PKNP FC tetap akur apabila diundi berdepan Kedah pada aksi suku akhir Piala FA.

Ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim berkata, undian berdepan skuad Lang Merah itu nyata satu ujian besar pada debut pasukannya dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Justeru menurutnya, kesebelasan pemain PKNP FC diingatkan agar bersedia secukupnya bagi berdepan skuad juara Piala Sumbangsih 2017 dan juara Piala Malaysia 2016 itu.

“Kita akur dengan undian dan kita tahu Kedah adalah sebuah pasukan yang konsisten dalam saingan Liga Super serta memiliki kelompok penyokong yang cukup besar.

“Bagaimanapun, kita akan tetap cuba untuk memberikan saingan kepada Kedah yang pastinya akan mendapat sokongan daripada ribuan penyokong setia mereka,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Sementara itu, Abu Bakar resah dengan persiapan pasukan yang agak terganggu dengan penggantungan pertahanan import, Ritus Krjakaulis yang dilayangkan kad merah ada aksi berdepan Sabah minggu lalu.

Bagaimanapun katanya, PKNP FC akan tetap meneruskan latihan seperti biasa menjelang aksi suku akhir berkenaan.

“Biarpun tanpa kita kehilangan khidmat Krjakaulis, kita masih ada pemain yang boleh diturunkan bagi mengisi slot di posisi pertahanan.

“Secara keseluruhannya, pemain PKNP FC bertuah kerana dapat beraksi dalam perlawanan yang berprofil tinggi seperti ini pada musim pertama dalam saingan Liga Perdana,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");