Perak Hari Ini

PKNP FC Benam Kuantan FA 5-4

IPOH: Pasukan PKNP FC beroleh kemenangan tipis 5-4 apabila bertemu Kuantan FA dalam saingan Piala FA di Stadium Perak di sini hari ini.

Rentak PKNP FC bermula dengan jaringan gol pertama melalui jaringan sendiri pihak lawan iaitu Isskandar Zulkarnaen (og) pada minit ke-5 awal pembukaan gawang perlawanan.

Malah PKNP FC terus memperolehi peluang keemasan untuk membolosi gawang lawan pada minit ke -25 dengan jaringan kedua oleh Muhammad Fadhil.

Gawang Kuantan FC terus bolos lagi dengan jaringan ketiga asakan ganas PKNP FC pada minit ke-31 oleh Muhammad Shahrel Fikri.

PKNP FC terus mengasak dengan gol keempat oleh Vincent Lucas pada minit ke-36 jauh meninggalkan Kuantan FC yang masih belum mampu menjaringkan sebarang gol pada awal pembukaan permainan.

Kuantan FC yang mula khuatir dengan jaringan jol bertubi-tubi pasukan tuan rumah kembali mengorak langkah dengan jaringan sulung Libuo Baranin pada minit ke-40.

Sehingga separuh masa pertama PKNP FC masih mendahului dengan empat gol manakala Kuantan FC selesa cuma satu gol dengan tambahan masa satu minit.

Aksi tambah hangat pada awal separuh masa kedua pula menyaksikan Isskandar Zulkarnaen dilayangkan kad merah pada minit ke-59.

PKNP FC terus mengatur strategi mempertahankan kubu sendiri dengan pertukaran pemain Ahmad Shukri Ab hamid yang diganti dengan Mohd Irwan Shazmin pada minit ke-66 dan Gilberto Valdenesio digantikan dengan Mohd Fazli Zulkifli pada minit ke-74.

Bagaimanapun aksi PKNP FC kelihatan sedikit goyah dan hilang rentak apabila pemain Ritus Krjauklis pula dilayangkan kad merah pula pada minit ke-69 namun mata masih kekal dengan 4 gol dan Kuantan FA cuma satu gol.

Kuantan FA nampaknya tidak mudah berputus asa apabila terus mengasak dengan gol keduanya oleh Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-78 dan gol ketiga asakan oleh Libuo Baranin pada minit ke-83.

Saat akhir pula menyaksikan kedua-dua pasukan terus mengasak menyamai kedudukan dengan masa tambahan empat minit.

Gol kelima Muhammad Shahrel Fikri disaat-saat akhir masa penamat memberi kemenangan buat PKNP FC manakala pasukan Kuantan FC hanya mampu akur dengan jaringan gol keempat oleh Vukmirovic Stefan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");