Berita Hari Ini

PM Lancar Zon Perdagangan Bebas Digital Rabu Ini

KUALA LUMPUR:Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pertama pada Rabu.

Acara itu katanya bakal berlangsung bersama kehadiran Pengasas Alibaba Jack Ma.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Seri Dr Mohd Leo Michael Toyad Abdullah (BN-Mukah) mengenai rangka kerja strategik yang dilaksanakan oleh Miti bagi memanfaatkan gelombang Industri 4.0, yang mampu meningkatkan pendapatan negara kepada RM2 trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang.

Zon Perdagangan Bebas Digital yang diilhamkan oleh Najib, dirancang untuk menggalakkan lebih banyak pihak terlibat dalam sektor e-dagang negara.

Pelaksanaan zon pertama seumpama itu di dunia, diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017.

Najib juga melantik jutawan Internet, Jack Ma, sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia semasa lawatan beliau ke China tahun lepas bagi menerajui pembangunan e-dagang Malaysia.

Ahmad berkata Zon Perdagangan Bebas Digital itu akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan digital dan perkhidmatan dalam talian tambahan bagi memudahkan inovsi berasaskan Internet dan e-dagang antarabangsa.

Beliau berkata Malaysia yang bergantung kepada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan kilang yang berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih berdaih saing di peringkat serantau dan global.

“Untuk itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai inisiatif berhubung industri 4.0 termasuk mengistiharkan 2017 sebagai tahun ekonomi Internet Malaysia,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Industri 4.0 mendorong syarikat untuk menggunaan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan kilang pintar, dengan mesin disambungkan dengan Internet dan kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantain pengeluaran.

Beliau juga berkata sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencecah 17.8 peratus pada 2015 dan hampir merealisasikan sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan untuk 2020.

“Sebanyak RM162 juta diperuntukan dalam Bajet 2017 untuk melaksanakan pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, ‘Digital Maker Movement”, serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai Hub Digital Malaysia,” kata Ahmad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");