Panasnya Hari Ini

PM Mahu KTMB Selesaikan Masalah Perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencari jalan penyelesaian segera berhubung aduan pengguna mengenai perkhidmatan syarikat berkenaan.

Beliau berkata demikian menerusi catatan terbaru di laman Facebook rasminya dan menjelaskan antara komen dan maklum balas pengguna adalah mengenai Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket dalam talian.

“Saya terima banyak komen dan maklum balas ketidakpuasan hati pengguna dengan perkhidmatan KTM Berhad, salah satunya mengenai ETS dan sistem pembelian tiket online (dalam talian) yang sering kali bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang-kadang tidak boleh diakses.

“Ini bukan perkara sukar untuk diatasi, tidak patut berlaku di zaman teknologi hari ini,” kata perdana menteri.

Selain meminta KTMB mencari penyelesaian segera, beliau turut meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memantau dan melaporkan terus kepada beliau secepat mungkin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");