Panasnya Hari Ini

PM Ucap Tahniah Kepada TMJ

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang disahkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sabtu.

“Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kemenangan jawatan Presiden FAM,” kata Najib dalam catatan di laman Twitternya, malam Sabtu.

Memetik sumber mStar Online, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan Tunku Ismail menang jawatan Presiden FAM tanpa bertanding bagi penggal 2017-2021 sempena Kongres FAM ke-53, Sabtu.

Sebelum ini pencabar jawatan itu, Tan Sri Annuar Musa yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada bertanding Khamis lepas kerana mahu memberi penghormatan dan laluan kepada Tunku Ismail serta demi kebaikan bola sepak negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");