Jenayah

Polis buru 3 beradik etnik Rohingya bantu kes bunuh di Marang

KUALA TERENGGANU: Polis memburu tiga beradik etnik Rohingya yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki seetnik di Kampung Pak Madah, Marang pada malam Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata seorang daripada suspek dikenali sebagai Qori, berusia 30 tahun, yang bekerja sebagai peraih barangan lusuh di Bukit Payung.

“Qori dan dua adik-beradiknya dipercayai telah melarikan diri bersama isteri serta dua anaknya yang berusia 13 tahun dan empat bulan,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian semalam, seorang lelaki berusia 35 tahun ditemukan terbaring berlumuran darah oleh jirannya pada kira-kira 11 malam.

Jiran mangsa ke rumah mangsa selepas terdengar bunyi orang bergaduh dan ternampak mangsa terlentang di dalam rumah manakala penghuni lain melarikan diri.

“Mangsa ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di bahagian dada, belakang serta bahagian belakang badan.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh secara berkumpulan,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan berunsur dendam dan cemburu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. –Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");