Jenayah

Polis rampas RM50.5 juta dadah

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM50.5 juta.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, rampasan itu membabitkan 2.51 juta biji disyaki pil Erimin 5, manakala 800 biji disyaki pil ekstasi.

Menurutnya, sindiket itu disyaki menyeludup Erimin 5 untuk dibawa masuk ke Malaysia menggunakan kargo laut dari Taiwan.

Operasi itu dijayakan dengan kerjasama Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting), dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Susulan itu beliau berkata, pada 8 Mac 2017, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang, JSJN melancarkan tujuh serbuan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis berjaya menangkap 10 ahli sindiket.

“Turut dirampas sejumlah dadah disyaki erimin 5, dipercayai untuk pasaran tempatan, Thailand, Singapura dan Indonesia,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Malah jelasnya ia adalah rampasan pil Erimin 5 yang terbesar pada tahun ini.

“Dari segi tangkapan, sembilan lelaki cina tempatan ditahan berumur dari 31 tahun hingga 57 tahun.

“Manakala seoang lelaki india tempatan berusia 29,” katanya.

Semua yang ditahan direman satu minggu dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta DadahBerbahaya 1952.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");