Jenayah

Polis Selamatkan Mangsa Eksploitasi Seks

IPOH: Unit Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Orang (ATIPSOM) Bukit Aman berjaya menyelamatkan 20 wanita warga asing dari menjadi mangsa eksploitasi seks dalam satu operasi di sini Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kesemua mangsa telah diselamatkan dalam serbuan di sebuah pusat kesihatan di Jalan Kampar di sini kira-kira pukul 5.45 petang.

Katany, antara mereka yang diselamatkan terdiri daripada 19 wanita warga Myanmar berbangsa Shan dan seorang wanita Vietnam.

“Dalam serbuan itu, empat lelaki turut ditahan terdiri daripada seorang penjaga pintu bawah; penjaga kaunter, kapten dan dua pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam Jumaat.

 Menurut Gan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,670 selain beberapa barangan termasuk 175 kondom; dua ‘walkie talkie’; dua televisyen dan empat telefon bimbit.

Turut dirampas dua perakam kamera litar tertutup; dua alat kawalan jauh pintu rahsia; dua alat kawalan jauh pintu utama; satu lesen perniagaan dan satu mesin pengira, katanya.

Menurut Gan kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 14 ATIPSOM 2007.

Kejayaan unit ATIPSOM itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan syabas menerusi catatan di akaun Twitternya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");