Jenayah

Polis Tahan 2 Ceti Haram

Polis Johor berjaya menahan dua ceti haram dan merampas dua kereta serta pelbagai barangan lain bernilai lebih RM100,000 dalam empat serbuan berasingan di sekitar Skudai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad memberitahu, pihaknya bertindak di atas maklumat orang awam dan intipan yang dilakukan sepasukan polis, dua lelaki berusia 24 dan 31 tahun ditahan di sebuah pasar raya di Tampoi jam 2.30 petang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dijalankan, pihaknya merampas kereta Perodua Myvi, wang tunai berjumlah RM9,230, lima telefon bimbit dan lapan kad ATM.

“Hasil siasatan awal, kami menyerbu tiga rumah di Taman Sri Tebrau, Taman Austin dan Taman Kota Puteri serta merampas dua komputer riba, empat geran, sebuah kereta BMW dan wang tunai sebanyak RM55,470.

“Kami percaya mereka beroperasi kira-kira dua tahun.

“Senarai nama peminjam wang dan kad perniagaan juga ditemui dalam serbuan itu.

“Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) APPW 1951,” katanya menerusi kenyataan media.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");