Perak Hari Ini

Polis Tumpaskan Sindiket Proses Syabu Bernilai RM5.2 juta

IPOH:Polis menumpaskan satu sindiket memproses dadah setelah menyerbu lokasi yang dijadikan makmal haram dan merampas 74.55 kilogram dadah jenis syabu dan 29.35 kilogram ephedrine bernilai RM5.2 juta dalam empat serbuan yang dijalankan pada Isnin lalu.

Seramai empat orang suspek berusia antara 20 dan 40 tahun ditahan dalam operasi membabitkan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Perak.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang, berkata hasil siasatan turut mendapati tiga daripada suspek merupakan adik-beradik dan dipercayai sudah dua bulan terlibat dalam sindiket itu.

Manakala jumlah keseluruhan nilai sitaan melibatkan harta adalah sebanyak RM30,000 iaitu dua buah kereta jenis Perodua Kembara, dan Proton Gen2 serta seutas jam tangan mewah.

“Empat serbuan dijalankan di sekitar Gopeng Perak, dan hasil serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan pihak Polis juga telah merampas pelbagai peralatan memproses dadah dan juga bahan kimia,”pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, berdasarkan keadaan makmal haram yang disusun oleh suspek kesemua mereka berkemungkinan mendapat tunjuk ajar cara pemprosesan dadah daripada ahli kimia.

Chez Chiang berkata kesemua suspek direman sehingga 20 Mac ini untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya sindiket ini menjadikan sebuah bangsal di dalam ladang kelapa sawit sebagai lokasi makmal haram untuk memproses dadah tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");