Jenayah

Polis Tunggu Ujian Darah Remaja OKU Lawan Arah Trafik

Keputusan ujian darah remaja yang memecut melawan arah trafik di Lebuhraya Utara Selatan, sebelum meneruskan pendakwaan dia menyebabkan kematian seorang lelaki ketika memandu di bawah pengaruh alkohol masih belum lagi diperoleh.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu keputusan ujian berkenaan bagi memboleh siasatan mendalam dijalankan.

Tambahnya, beliau sendiri tidak pasti bila keputusan itu akan dikeluarkan Jabatan Kimia, tetapi polis akan mendakwa remaja berusia 19 tahun itu sebaik sahaja hasil ujian darah diketahui.

Ng Pei Ven, 19, melanggar 9 kenderaan ketika memandu melawan arah trafik di Lebuhraya Utara Selatan, dekat Butterworth, Selasa lalu, sehingga menyebabkan seorang pemandu berusia 26 tahun meninggal dunia.

Ng mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengambil dadah berbahaya jenis amfetamina, berdasarkan hasil ujian air kencingnya. Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam setiap minggu.

“Polis sudah melengkapkan siasatan kemalangan itu dan menyerahkan kertas siasatan ke pejabat timbalan pendakwa raya.

“Kami sedang menunggu hasil kandungan alkohol dalam darah. Saya tidak tahu bila ia akan keluar, jadi saya tidak boleh mengulas bila kita akan mendapatkannya.

“Bagi remaja yang dibebaskan dengan ikat jamin itu, saya nasihatkan dia melaporkan diri di balai polis setiap minggu seperti yang diperintahkan mahkamah, jika tidak kita akan pergi cari dia,” katanya selepas merasmikan sebuah majlis di Seberang Jaya hari ini.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");