Panasnya Hari Ini

PPBM lahir hasil daripada sokongan DAP – Annuar Musa

KUALA LUMPUR:Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bersetuju membentuk gabungan rasmi dengan Pakatan Harapan (PH) telah membuktikan bahawa parti diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad itu lahir hasil daripada sokongan DAP.

Malah,jelasnya pembentukan gabungan rasmi itu adalah suatu perkara yang sudah dijangka berikutan PPBM tidak mempunyai kekuatan untuk bergerak sendiri.

“Sebenarnya sejak hari pertama PPBM dilahirkan, ia adalah parti yang dilahirkan oleh DAP dan diberi semangat oleh DAP.

“Sebelum parti ini lahir mereka telah berkongsi pentas dengan DAP. Jadi tidak boleh dinafikan PPBM. Ia tidak lahir lagi, kelahirannya itu (berteraskan) golongan DAP. Kalau hari ini baru hendak isytihar dia berpakat dengan DAP, ia sudah dijangka kerana kalau berdiri sendiri, PPBM tidak mempunyai kekuatan,” katanya selepas berucap pada Persidangan UMNO Cawangan seluruh Kedah, pada Sabtu.

Tun Mahathir sebelum ini menyatakan pendirian PPBM yang bersetuju membentuk gabungan rasmi dengan PH sekali gus bakal menyertai pilihan raya umum akan datang di bawah satu logo dan manifesto serta meletakkan seorang calon bagi setiap kerusi yang diputuskan.

Beliau turut berharap UMNO melihat konteks ‘ancaman’ daripada gabungan PPBM-PH itu untuk membina antibodi politik parti supaya bertambah kuat dalam berdepan musuh.

“Bila kita dicabar kita ambil secara positif, jangan kita kata PPBM bukan ancaman kita. Dalam parti, kita tidak pernah memandang remeh pada sesiapa sahaja kerana walaupun seekor nyamuk mungkin kita tidak boleh tidur satu malam.

“Cuma jangan kerana nyamuk, kelambu hendak dibakar. Jadi pada saya kita gunakan ancaman mereka untuk membina antibodi UMNO,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");