Jenayah

Premis judi kikis duit peneroka, nelayan

Ketua Penolong Pengarah Stagg , Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam serbuan hasil maklumat awam, polis berjaya menahan 26 orang pemain.

“Tangkapan membabitkan 15 warga tempatan dan selebihnya warga asing. Selain itu, seramai lapan individu dipercayai penjaga dan pekerja premis turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Serbuan yang tamat jam11 malam ini berjaya merampas beberapa barang seperti simulator, set mesin slot, cip simulator, buku catatan perniagaan dan wang tunai.

Khairi mendedahkan, kesemua premis yang telah aktif secara online sejak dua hingga enam bulan lalu terletak di tingkat bawah serta dikawal melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, siasatan dapati rata-rata pengunjung adalah daripada golongan peneroka dan nelayan di kawasan terbabit.

“Berdasarkan aduan awam yang kurang senang dengan aktiviti di premis berkenaan, dapati premis tersebut banyak menghabiskan duit peneroka dan nelayan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan dan Seksyen 4(1)(b) Enakmen Hiburan 1993(Pahang).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");