Membawang Hari Ini

Prime Domestic hasil gabungan pemuzik hebat

Satu ketika dahulu, industri hiburan meriah dengan pelbagai kumpulan muzik. Namun sejak akhir-akhir ini semakin berkurangan.

Berikutan itu, Prime Domestic (PD) ditubuhkan untuk mengisi kekosongan tersebut.

PD diasaskan pada tahun 2011 oleh dua figura muzik terkenal tanah air, Joe Wings dan Hillary, bekas ahli kumpulan Search.

Jelas mereka, penubuhan PD bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan sedia ada tetapi untuk menyuntik sedikit kelainan dan mewarnai arena muzik rock tanah air khususnya.

PD selain Joe Wings dan Hillary turut dianggotai oleh Aweera, bekas penyanyi kumpulan Mojo; Ainoll, bekas pemain drum kumpulan Kristal bergabung tenaga dengan Fauzi, bekas pemain bass kumpulan Search serta merupakan pemuzik undangan tetap untuk Datuk Ramli Sarip dan Datuk Zainal Abidin.

Gabungan hebat ini membuktikan bahawa PD bukan sekadar ‘tangkap muat’ tetapi mahu menghasilkan karya yang terbaik buat pendengar.

Sebagai salam perkenalan satu showcase bakal diadakan pada 2 April 2017 di House Restaurant, G Tower. Showcase mengambil konsep ‘Sunday Nite Live’ kerjasama antara Anggerik Event dan House@GTower.

Pada showcase itu nanti turut akan dilancarkan jualan single PD sebelum kemunculan album penuh tahun ini juga memetik laporan Sinar Harian.

Tiket-tiket berharga RM50 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja) boleh didapati terus di House@GTower atau secara online di http://billplz.com/pdshowcase.

Untuk mengikuti perkembangan PD di media sosial boleh ikuti Facebook rasmi, Prime Domestic (@primedomesticband) dan laman instagram, @primedomestic.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");