Berita Hari Ini

Program KPWKM bantu golongan miskin

SEREMBAN: Projek perintis program ‘2 Years Exit Programme’ (2YEP) bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin berjaya 100 peratus dengan ada peserta memperoleh pendapatan mencecah RM40,000 sebulan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata program kementeriannya yang dimulakan di Negeri Sembilan dan Perlis dua tahun lalu, berjaya mengeluarkan 500 peserta daripada belenggu kemiskinan.

“Kita memulakan program ini dengan memilih 450 peserta di Negeri Sembilan dan Perlis (50) daripada senarai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berada di bawah paras kemiskinan termasuk orang kurang upaya (OKU).

“Mereka diberi geran pelancaran sebanyak RM2,700 untuk memulakan perniagaan atau projek pertanian dengan bantuan serta sokongan JKM bersama jabatan dan agensi kerajaan yang lain secara berterusan.

“Selepas dua tahun, semua mereka kini memperoleh pendapatan melebihi RM1,200 malah ada yang mencapai RM7,000 sehingga RM40,000 sebulan,” katanya ketika turun padang melalui program #Negaraku_KasihKITA_KPWKM di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan kejayaan itu, kementeriannya meletakkan sasaran baharu untuk mengeluarkan 5,000 penerima bantuan JKM daripada belenggu kemiskinan melalui program 2YEP, bermula tahun ini memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");