Perak Hari Ini

‘Rezeki hari Jumaat’

IPOH:Kelebihan di hari Jumaat pemilik gerai makanan dan minuman Rahamath, Mohd Kasim Abdul Kadir berkongsi limpahan rezeki kurniaan tuhan bersama dengan golongan yang kurang berkemampuan.

Sejak lebih 30 tahun beroperasi di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahad, gerai ini telah memberi sumbangan makanan secara percuma kepada orang yang berkemampuan pada setiap hari Jumaat.

Peraktoday berkesempatan melihat sendiri kehadiran orang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa bagi mendapatkan nasi ‘Ali’ yang tidak asing lagi di gerai ini sejurus selepas selesainya solat Jumaat.

Kelihatan Kasim dan para pekerja gerai mula mengagih-agihkan bungkusan makanan kepada orang ramai sambil menyapa mesra mereka.

Berkongsi cerita, Mohd Kasim berkata ia dilakukannya hanya untuk berkongsi rezeki yang diberikan tuhan dengan insan yang tidak bernasib baik seperti orang lain.

“Saya mula berniaga pada tahun 1969 mulanya hanya berniaga menggunakan basikal dan mula mendapat lokasi tetap pada 1972.. pada tahun 1985 saya mula memberi makanan kepada orang yang memerlukan.

“Tiada sebab lain, ini adalah cara saya untuk berkongsi rezeki yang diperolehi bersama dengan orang lain,” katanya ringkas.

Tambahnya lagi, ia juga peluang buat dirinya bersedekah terutama pada hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari.

“Jika ada yang datang meminta bantuan makanan saya akan berikan tidak hanya pada hari Jumaat sahaja saya akan membantu memgikut kemampuan saya,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");