Membawang Hari Ini

Risteena ingin kekal jadi diri sendiri

Kelihatan sepi dalam industri hiburan, pelakon Risteena Munim tetap berpegang teguh tidak memerlukan sebarang kontroversi dalam mencipta populariti.

Baginya, populariti seseorang selebriti juga boleh dicapai sekiranya hanya kekal menjadi diri sendiri.

“Ada yang kata, jika ada kontroversi, nama akan terus boom.

“Tapi, saya tak perlukan itu semua. Saya cuma mahu jadi diri sendiri.

“Biarlah peminat kenal saya bagaimana saya seadanya,” katanya memetik sumber Media Hiburan.

Biarpun kurang publisiti, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Playboy Itu Suami Aku ini hanya berharap agar rezekinya tidak pernah putus.

“Saya tak kisah dengan populariti, selagi saya masih ada job, duit pun cukup (ketawa).

“Alhamdulillah, buat masa ini, rezeki saya dalam bidang lakonan masih lagi ada.

“Mungkin nama saya sedikit tenggelam kerana kurang berlakon di sebuah stesen televisyen popular,” katanya.

Kini, Risteena bakal muncul dalam drama adaptasi novel Gaduh-Gaduh Sayang di RTM selain sibuk menjalani penggambaran drama 30 episod, Yes Sir, Nak Ke Mana untuk Hypp TV.

Nasihati Ruhainies

Bukan itu sahaja, Risteena juga mengakui tidak cemburu dengan kejayaan adiknya yang juga pelakon, Ruhainies yang dilihat lebih ke depan daripadanya.

“Tiada istilah cemburu pun di dalam hati saya.

“Kalau dia bukan adik saya pun, orang lain boleh saja popular. Jadi, baik saya lihat kejayaan adik saya.

“Jujurnya, saya sendiri seronok lihat dia cepat naik, cuma dia perlu lebih berhati-hati saja.

“Lagipun, hanya kami dua beradik yang berada di dalam industri ini,” katanya.

Pun begitu, sebagai kakak, pelakon berusia 27 tahun ini berasa terpanggil untuk menasihati adiknya agar tidak terjebak dengan kontroversi yang tidak sihat.

“Saya tahu, sedikit kontroversi itu turut membantu melonjakkan namanya sebagai pendatang baru.

“Jadi, nasihat saya agar dia lebih matang dan tak cepat melatah dalam menangani kontroversi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Risteena dilantik sebagai duta bagi produk kecantikan, Q’manda selama setahun.

“Alhamdulillah, apabila dipilih menjadi duta saya anggapnya sebagai rezeki besar bagi saya.

“Saya berpuas hati dengan keberkesanan produk ini yang membantu merawat masalah kulit kering ketika sedang mengerjakan Umrah pada Februari lalu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");