Jenayah

Sarjan polis dituduh terima wang

IPOH: Seorang sarjan polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan menerima wang daripada orang awam kira-kira dua tahun lalu.

Memetik sumber Berita Harian Online, tertuduh, Bahir Yaacob, 51, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Dia dituduh bersetuju menerima wang tunai RM800 dengan tanpa balasan daripada Lee Boon Chuan, yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi tertuduh, di IPD Kerian di Bagan Serai pada jam 4 pagi 19 Mei 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim S Indera Nehru membenarkan jaminan RM12,000 terhadap tertuduh dan menetapkan 17 April depan untuk kes itu disebut semula.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh diwakili oleh Ranjit Singh Sandhu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");