Sukan Hari Ini

Sean Yee perbaharui rekod kebangsaan

RATU lompat tinggi negara, Yap Sean Yee, memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, semalam.

Atlet pelapis kebangsaan itu mencatat lompatan 1.81 meter pada percubaan pertama, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 1.79m bagi acara lompat tinggi wanita yang dilakarkan pada Kejohanan Terbuka Pahang 2015.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh atlet Sekolah Sukan Bukit Jalil iaitu Shahira Sazali dan M Nanthini yang masing-masing mencatat lompatan 1.60m dan 1.45m.

Zainal harap Sean Yee kekal momentum

KETUA Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Zainal Abas sama sekali tidak menyangka ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee dapat memecahkan rekod peribadi miliknya sendiri sambil mengharapkan kejayaan itu mencerahkan peluang atlet berkenaan untuk diserapkan ke Program Kita Juara.

Kita Juara program khas Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menyediakan atlet untuk mencapai sasaran muncul juara keseluruhan di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Semalam, atlet pelapis kebangsaan itu memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) di Kompleks MSN Setiawangsa.

Sean Yee mencatat lompatan 1.81 meter pada percubaan pertama sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 1.79m bagi acara lompat tinggi wanita yang dilakarkan pada Terbuka Pahang 2015.

“Kalau dia boleh kekalkan lompatan pada ketinggian 1.80 meter, saya yakin dia berada dalam posisi terbaik raih kedudukan podium di Sukan Sea 2017,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Malah Zainal turut menyatakan keyakinan bahawa kejayaan cemerlang dilakar skuad olahraga negara sejak kebelakangan ini landasan terbaik untuk memburu kejayaan gemilang pada Sukan Sea nanti.

Beliau memaklumkan skuad olahraga negara yang menjalani latihan di Afrika Selatan sejak bulan lalu, berkemungkinan akan meneruskan latihan persediaan selain menyertai pertandingan di Eropah pada Mei atau Julai ini sebagai persediaan akhir menghadapi Sukan Sea.

Keputusan itu, kata Zainal, bagaimanapun bergantung kepada perbincangan antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) dan MSN yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Skuad olahraga kebangsaan yang diketuai pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan berada di Afrika Selatan sejak bulan lalu bagi menyertai latihan dan pertandingan di negara berkenaan selama dua bulan sebagai persediaan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");