Perak Hari Ini

Segerakan Proses Bina Hospital Daerah Perak Tengah

PARIT:Kerajaan Perak menggesa agar Kerajaan Persekutuan menyegerakan projek pembinaan hospital di Daerah Perak Tengah bagi memudahkan penduduk di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia merupakan permintaan utama penduduk dikawasan berkenaan berikutan terdapat rugutan yang diperolehinya semasa penganjuran program Permukiman di Daerah Perak Tengah yang masuk hari kedua penganjurannya hari ini.

“Masalah utama yang diketengahkan ialah pembinaan hospital di Daerah Perak Tengah iaitu di Seri Iskandar dimana ia telah diumumkan oleh Perdana Menteri malah ia juga menjadi manifesto kerajaan semasa piliharaya lalu,” katanya.

Jelasnya setakat ini pihak kerajaan telah meluluskan projek pembinaan bagaimanapun ia mengambil masa dan kini masih dalam proses reka bentuk.

“Bahagian kesihatan di Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pembinaan hospital dan klinik di Sri Iskandar ia kini melibatkan proses reka bentuk yang dijangka siap pada Mei tahun ini,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pihak JKR dan Kementerian Kesihatan juga diminta untuk segera membuat penilaian supaya tender pembinaan dibuka dengan kadar segera.

Beliau turut mengulas mengenai masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk di Perak Tengah di sini.

Jelas Zambry keadaan itu melibatkan laluan air kawasan selian yang diuruskan oleh JKR dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) yang ternyata berbeza.

“Masalah teknikal melibatkan aliran air yang semakin bertambah manakala kawasan perumahan dan antara jalan raya pula kebanyakkannya rendah hingga mengakibatkan limpahan air berlaku … jadi kita akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasinya,” katanya.

Jelasnya lagi,sebanyak lima kawasan yang sering berhadapan dengan masalah banjir akan dirujuk kepada pihak JKR dan JPS untuk langkah penyelesaian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");