Membawang Hari Ini

Seniman Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

HULU KLANG: Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, hari ini.

Seniman tersebut meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya, petang tadi.

Anak kedua Jins, Putera Hang Jebat, mengesahkan bapanya meninggal dunia setibanya di klinik, kira-kira jam 5.45 petang.

“Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, Mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan.

“Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik,,” katanya kepada Berita Harian.

Hang Jebat berkata, dia dan adiknya, Hang Nadim masih terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");