Jenayah

Seorang Lelaki Kritikal Akibat Terbakar

ISKANDAR PUTERI : Seorang lelaki dilaporkan kritikal selepas ditemui terbakar di sebuah taman permainan di Taman Bukit Indah, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang menimpa mangsa berusia 30-an daripada orang awam kira-kira jam 5.32 petang.

“Orang ramai yang ternampak mangsa terbakar dan cuba menolong mangsa untuk memadamkan kebakaran tersebut.

“Mangsa melecur 90 peratus dan pihak polis turut menemukan botol plastik mengandungi minyak petrol yang dipercayai digunakan oleh mangsa,” katanya, lapor Sinar Harian.

Noor Hashim berkata, sebaik kejadian itu, pihaknya turut menerima laporan dipercayai ahli keluarga mangsa dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");