Sukan Hari Ini

Shakespere sah ganti Ranieri

SELEPAS pemecatan Claudio Ranieri, Leicester City akhirnya mengumumkan Craig Shakespeare sebagai pengurusnya yang baharu.

Shakespeare yang sebelum ini dilatik sebagai pengendali sementara berjaya membawa The Fox mencatat dua kemenangan berturut-turut sekali gus dilantik sebagai pengurus tetap dengan kontrak sehingga akhir musim ini.

Wakil Presiden Leicester City, Aiyawatt Srivaddhanaprabha menerusi kenyataannya di laman rasmi kelab mengakui keputusan melantiknya sebagai pengurus tetap adalah tepat memandangkan kecemerlangan pasukan dalam dua perlawanan terakhir.

“Kami tahu pasukan berada di tangan yang tepat selepas meminta Shakespeare menjadi pengurus sementara bulan lalu,”katanya memetik sumber Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");