Membawang Hari Ini

Shiela Majid, Yuna Jadi Idaman Afgan

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Afgansyah Reza atau Afgan, 27, berkongsi cita-citanya untuk berduet dengan penyanyi pujaannya sejak kecil, Datuk Sheila Majid menjadi kenyataan kerana hasrat itu sudah lama terpendam.

Memetik sumber Berita Harian beliau yang ditemui pada majlis pelancaran jenama pakaiannya, Arez Co di butik Fashion Valet, Pavilion, petang tadi, Afgan juga mengimpikan kerjasama dengan penyanyi tempatan yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna kerana tertarik dengan keistimewaan bakatnya.

“Saya pernah merakamkan lagu duet bersama SonaOne untuk album terbaharu dan pastinya, saya mahu kerjasama dengan penyanyi dari negara ini berpanjangan. Selain Sheila, saya juga berminat untuk bekerjasama dengan Yuna,” katanya.

Bakal meneruskan siri jelajah konsertnya di lokasi ketiga di Johor Bahru pada 8 April ini, Afgan kini giat berlatih untuk memastikan aksi terbaharunya memberi kepuasan kepada peminat setianya.

Terlebih dulu beraksi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pada September tahun lalu, disusuli Miri, Sarawak pada Disember, penyanyi yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta itu mengakui, teruja menanti kedatangan tarikh istimewa itu.

Siri ketiga konsert jelajah Sides Malaysia Tour itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

“Johor Bahru menjadi lokasi ketiga konsert jelajah saya di Malaysia dan pastinya, saya tidak lagi sabar menghiburkan peminat di sana. Saya juga dijadualkan kembali ke Kuala Lumpur untuk menjayakan persembahan sempena sambutan Minggu Setiausaha di sebuah hotel.

“Persembahan kali ini memberikan lebih kepuasan kerana saya akan diiringi band sendiri, tidak lagi menggunakan minus one,” katanya yang baru melancarkan single ketiga daripada album keempatnya, Sides iaitu Ku Dengannya Kau Dengan Dia.

Mengulas mengenai pelancaran Arez Co, Afgan berkata usaha itu menjadi langkah pertamanya mengukuhkan jenama produknya di negara ini.

Arez diambil daripada singkatan namanya yang menterjemahkan dedikasinya terhadap peminat yang menjadi tonggak kepada kerjaya seninya.

“Saya sentiasa memikirkan peminat sepanjang melaksanakan koleksi ini. Himpunan terbaharu ini lebih istimewa kerana saya turut mengeluarkan koleksi untuk wanita berhijab kerana mereka juga menggemari jenama ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");