Membawang Hari Ini

Siti Saleha Nikah 28 Julai

PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar, 31, pada 28 Julai depan.

Siti Saleha, 27, berkata majlis tersebut akan diadakan selepas solat Asar di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan.

“Alhamdulillah saya sudah mendapat lokasi jntuk melangsungkan perkahwinan dan sudah ada tarikh iaitu pda 28 Julai ini. Manakala majlis resepsi diadakan di lokasi lain pada keesokkannya.

“Majlis pihak lelaki pula akan diadakan pada seminggu selepas nikah. Kami memang mahu buat majlis tarikh dekat supaya mudah saudara mara yang juh untuk datang,” ujarnya memetik sumber mStar Online.

Siti Saleha ditemui pada majlis taklimat Anugerah DFKL yang diadakan di Sri Pentas, Jumaat.

Tambahnya, dia menyerahkan tugas pengurusan majlis perkahwinan berkenaan kepada syarikat pengurusan majlis yang dilantik.

Ditanya tentang keterbukaannya untuk berkongsi detik bahagia itu bersama media, Siti Saleha berkata, dia akan berbincang dengan bakal suaminya terlebih dahulu.

“Saya tidak kisah jika ada media yang mahu membuat liputan pada majlis itu, namun saya akan berbincang dahulu dengan bakal suami.

“Saya takut jika dia tidak selesa pula kerana dia bukan selebriti,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, majlis berkenaan bertemakan tradisional dan moden.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");