Laporan Eksklusif

Somalia Dilanda Kemarau Berpanjangan: KP1M Lancar Tabung Rayuan Kecemasan

Kelap Putera 1Malaysia (KP1M) dengan kerjasama Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan beberapa NGO lagi melancarkan Tabung Rayuan Kecemasan Somalia dalam usaha untuk membantu umat Islam di Negara berkenaan menghadapi situasi yang sukar.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, usaha itu dilakukan berikutan Somalia kini berdepan dengan krisis kemarau dengan lebih 6 juta penduduknya memerlukan bantuan kemanusiaan dengan segera.

“Somalia kini merupakan antara tiga Negara diambang kebuluran selain Yaman dan Nigeria. Dan apa yang lebik teruk adalah, konflik yang berlaku di Negara ini menyebabkan telah memburukkan keadaan.

“Atas sebab itu, kerajaan Somalia telah datang kepada kita untuk memohon bantuan kita dan Malaysia bersedia membantu umat Islam di Somalia berdepan dengan situasi menekan itu dengan menubuhkan tabung ini.

“Kita wujudkan tabung khas ini bagi membantu mereka dan ia turut membabitkan kerjasama Somalia National Drought Committee,” katanya ketika ditemui di majlis perlancaran tabung berkenaan di Menara HLA, Kuala Lumpur.

Abdul Azeez menambah, usaha mewujudkan tabung khas itu turut mendapat sokongan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dimana beliau sendiri memulakan sumbangan sebanyak AS$100,000.

Katanya lagi, walaupun tabung bantuan berkenaan akan dilancarkan oleh KP1M namun ia akan dikelolai dan dipantau oleh pihak Kedutaan Somalia di Malaysia.

“Kita telah menyalurkan bantuan kepada kerajaan Somalia sebelum ini iaitu pada 2011 dan banyak kenangan manis dan pahit kita alami.

“Namun, itu bukan penghalang kepada kita. Apa yang penting sekarang adalah kesengsaraan yang umat Islam terpaksa hadapi di Somalia mengenangkan sekarang musim kemarau disana.

“Keadaan disana sekarang sangat teruk, bayangkan akibat kemara yang berpanjangan kira-kira 10 juta haiwan ternakan mati. Cuba bayangkan bagaimana kehidupan seharian manusia disana,” katanya lagi.

Justeru katanya, mana-mana pertubuhan, badan korporat atau orang ramai yang ingin menyalurkan dana atau bantuan bolehlah menyumbang kepada akuan ini:

Nama Akaun: Somalia Emergency Appeal Fund (Tabung Rayuan Kecemasan Somalia)

No Akaun Maybank: 5640-5253-1232

 

         

 

          

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");