Jenayah

SPAD Laksana Operasi Kesan Kesalahan Teksi

Beberapa kesalahan berjaya dikenalpasti susulan tindakan Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya menyamar sebagai penumpang pada operasi bermula jam 6.30 petang baru-baru ini.

Tiada kad pemandu, mengulat dan tidak menggunakan meter. Itu kesalahan yang dilakukan seorang pemandu teksi berusia 43 tahun ketika dia mengambil penumpang di Stesen Komuter Kajang di sini..

Pada operasi yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu, tujuh teksi ditahan atas pelbagai kesalahan.

Ketika disoal siasat, lelaki itu mendakwa, pemandu teksi di sekitar stesen komuter berkenaan memang mengamalkan aktiviti memujuk dan tidak menggunakan meter dengan alasan jalan sesak di kawasan itu.

“Ketika anggota kami tiba di stesen komuter, pemandu berkenaan memanggil anggota dan memujuk supaya menaiki teksinya sebelum anggota dibawa ke Taman Bukit Mewah.

“Sebelum memulakan perjalanan, pemandu terbabit bertanya sama ada mahu menggunakan meter atau sebaliknya. Dia mendakwa, jika menggunakan meter, kadar tambang lebih mahal,” katanya ketika ditemui sejurus operasi.

Beliau berkata, sepanjang perjalanan, pemandu itu tidak menggunakan meter.

“Tiba di lokasi, anggota kami membayar tambang RM10 dan serentak itu, anggota memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa SPAD dan melakukan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu itu tidak mempunyai kad pemandu dan teksi berkenaan adalah milik sebuah syarikat yang disewa. Teksi itu kemudiannya disita untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, pada operasi berkenaan, pihaknya menahan dan menyita tujuh teksi membabitkan 10 kesalahan iaitu tiga kes tiada kad pemandu, enam kes tidak menggunakan meter dan satu kes memujuk penumpang.

“Seramai 24 anggota SPAD dengan bantuan tujuh anggota polis terbabit pada operasi yang tertumpu di Stesen Komuter Kajang dan Stesen Komuter UKM Bangi.

“Tujuh teksi disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 205, 22 dan 23 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Saya menyeru pemandu teksi lebih bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");