Sukan Hari Ini

Spurs panik Kane cedera

MENANG dengan bergaya 6-0 ke atas Millwall berjaya membawa Tottenham Hotspurs mara ke pusingan suku akhir Piala FA.

Bagaimanapun kemenangan itu membuatkan Spurs tidak senang duduk selepas penyerang berbisanya Harry Kane mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar seawal minit ke-10.

Pengurusnya, Mauricio Pochettino yang panik dengan situasi ini mengharapkan kecederaan itu tidak terlalu serius kerana khuatir ketiadaannya akan menjejaskan rentak pasukan.

“Kane mengalami kecederaan di pergelangan kaki. Ia adalah pergelangan kaki yang sama ketika beliau terpaksa berehat 10 minggu pada awal musim lalu.

“Saya amat berharap kecederaan ini tidak terlalu serius, tetapi ia seakan-akan kecederaan sama seperti awal musim lalu,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");