Membawang Hari Ini

Sudah Tamat latihan

Anggota Bigbang paling popular, T.O.P dan rakannya, Kim Junsu dari JYJ bakal menamatkan latihan khidmat negara dan dalam persiapan untuk melakukan tugasan masing-masing.

Kedua-dua penyanyi itu dimasukkan ke Pusat Latihan Tentera Nonsan pada 9 Februari lalu dan meninggalkan pusat itu untuk menggalas tugas baru bermula 9 Mac lalu.

T.O.P dan Kim Junsu menjalani latihan asas ketenteraan selama empat minggu dan dijadual melaksanakan tugas sebagai pegawai polis. Mereka dihantar ke balai polis berbeza untuk latihan selanjutnya.

Sebelum proses itu, mereka diberi peluang bertemu dengan ahli keluarga dan teman rapat dalam upacara tamat latihan, sebelum dihantar ke balai polis sejurus selepas upacara.

T.O.P berkhidmat di Agensi Polis Metropolitan Seoul dan dilatih di pusat latihan polis kawalan rusuhan di wilayah Gyeonggi.

Kim Junsu pula berkhidmat di Agensi Polis Gyeonggi Selatan untuk menjalani latihan di pusat latihan operasi khas di wilayah sama selama tiga minggu.

Mereka berdua dijadualkan tamat khidmat negara pada November tahun depan memetik sumber Harian Metro.

Sebelum itu, T.O.P dikatakan hilang dari upacara tamat latihan pada 9 Mac lalu, secara tiba-tiba.

Pada acara itu, kelibat T.O.P tidak kelihatan. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan T.O.P selebriti pertama berbuat demikian.

Selalunya ada beberapa sebab seseorang tidak hadir pada upacara itu, iaitu sakit dan dirawat di hospital tentera, gagal melepasi ujian latihan dan perlu menjalani latihan semula atau ditahan dalam penjara tentera.

Kemungkinan sebab terakhir adalah jauh sekali tapi masih ramai yang pelik dengan ketiadaan T.O.P pada upacara itu.

Kisah Kim Junsu lain pula ceritanya. Baru-baru ini netizen membanding­kan pakej bersama peminat penyanyi itu yang diadakan di Pulau Jeju, April tahun lalu.

Pakej itu termasuk set makan tengah hari istimewa berserta penginapan hotel di Toscana selama tiga hari dua malam.

Harga bermula dari AS$ 860, AS$ 740, AS$ 690 dan hanya pakej berharga AS$ 860 mendapat penginapan di hotel mewah.

Seorang peminat yang bermalam di hotel sempat memuat naik foto set menu makan tengah hari yang dihidangkan kepadanya.

“Mereka sediakan dua kali hidangan dan selebihnya, cari sendiri. Hari kedua kami menerima set makan tengah hari dalam kotak yang rasanya tidak sedap,” tulis peminat.

Peminat lain pula menunjukkan foto untuk pakej AS$ 690 sebagai perbandingan­. Peminat itu mendakwa mereka menempah bilik untuk berdua.

Malangnya, bilik penginapan di situ seolah-olah sebuah bilik dalam motel, bukan hotel mewah.

“Makanan pula nampak menarik tapi saya hanya ambil sedikit sebab nasi yang dihidangkan sudah sejuk. Saya memang tidak merancang untuk menghabiskannya, asalkan dapat beri sikit tenaga,” tulisnya.

Tapi ada juga maklum balas positif diterima daripada peminat. Seorang peminat memuat naik foto makanan, bilik dan perkhidmatan disediakan di hotel itu.

Peminat itu memuji kualiti serta keluasan tempat dan makanan enak yang disediakan di sana.

“Kalau dibanding­kan dengan hotel lain, ia mempunyai makanan dan perkhidmatan yang bagus,” tulis peminat itu.

Ada juga netizen lain mempersenda harga mahal tapi tak berbaloi dengan perkhidmatan. Seolah-olah ia acara bersama peminat diseliputi emas.

“AS$ 790 untuk acara tiga hari, kamu semua (peminat) puas hati tak? Ia mengarut! Mereka layan peminat seperti mesin ATM,” dan banyak lagi komen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");