Sukan Hari Ini

Sukan SEA: Enam Pemain Bakal Digugur – Abdul Talib

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan, Abdul Talib Ahmad mengingatkan pemainnya supaya terus menunjukkan prestasi terbaik sepanjang persiapan menjelang Sukan SEA 2017 yang bakal berlangsung Ogos ini.

Abdul Talib berkata, seramai 24 pemain berada dalam skuad latihan Fasa 3 dan jumlah itu akan berkurangan menjelang temasya yang akan berlangsung di Kuala Lumpur nanti.

“Fasa 3 lebih menjurus kepada latihan dan pertandingan bagi meningkatkan prestasi masing-masing.

“Pada April ini kami akan berangkat ke Thailand bagi menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab di sana.

“Seperti sedia maklum, prestasi pemain-pemain kelab di sana lebih kurang sama dengan skuad utama mereka.

“Jadi pengalaman bermain dengan mereka akan dapat membantu pemain-pemain kita meningkatkan lagi tahap permainan masing-masing,” jelasnya memetik sumber mStar Online.

Dalam pada itu, Abdul Talib memberitahu hanya 18 pemain sahaja akan dikekalkan dalam skuad negara dalam saingan Sukan SEA nanti.

“Enam pemain akan digugurkan berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Setakat ini pencapaian mereka lebih kurang sama sahaja.

“Jadi saingan merebut 18 tempat terakhir amat sengit. Ia sebenarnya sesuatu yang baik bagi mereka kerana dengan adanya persaingan ini, ia boleh memberi perangsang untuk lebih meningkat,” jelasnya.

Selain itu, Program Real Champion merupakan program khas bagi atlet Sukan SEA dalam isu berkaitan doping.

Sebanyak tujuh acara sukan yang terlibat pada program itu termasuk sepak takraw, ping pong, ragbi, tenis, skuasy,angkat berat dan bola tampar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");